04 February 2009

Moga Tuhan Mencucuri Rahmat Ke Atas Mu ABAH...

Tanggal 4 febuari 2009, jam 6.40 pagi abah ku yg tercinta menghembuskan nafasnya yg terakhir selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh.. dia atas jalanraya, dihadapan masjid jamek kampung sri lalang menjadi saksi, dimana abah dilanggar dan dibiarkan terbaring hampir 2 jam sebelum di bawa kehospital..

Allah maha tahu bahawa aku bukanlah org yg kuat untuk melihat kejadian begitu didepan mata.. Aku sampai ke Kluang dari Johor Bahru jenazah abah sudah siap dimandikan dan dikafankan.. Syukur aku dapat melihat wajah Abah sebelum dikebumikan, dan aku sempat mengucup dahi abah buat terakhir kalinya..

Jenazah abah selamat disemadikan pada jam 12 Tghari.. Alhamdulillah kenduri tahlil berjalan dengan lancar..Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan abah tergolong dalam golongan orang2 yang beriman dan diterima amalannya disisi Allah.. Aminnn...

No comments:

Post a Comment